Rondaan Bersama Kali ke-132 di Sungai Mekong Dilancarkan
Operasi rondaan dan penguatkuasaan undang-undang bersama China, Laos, Myanmar dan Thailand kali ke-132 di Sungai Mekong dilancarkan, apabila pasukan terdiri tiga kapal China, sebuah kapal Laos dan sebuah kapal Myanmar bertolak dari Jingha, Yunnan.
Sebelum operasi dimulakan, jabatan penguatkuasaan undang-undang dari keempat-empat negara tersebut mengadakan mesyuarat dan sesi pertukaran maklumat di Yunnan, menganalisis situasi terkini jenayah rentas sempadan di kawasan aliran Sungai Mekong, mengadakan perbincangan bagi mengaturkan operasi khas bersama bagi membanteras sindiket penipuan dan judi.
Untuk rekod, operasi kali ini akan berlangsung selama empat hari tiga malam.