HSR Jakarta-Bandung Tular di Media Sosial Indonesia

2023-08-23 12:30:11  CRI
Share with:

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang bakal beroperasi secara komersial tular dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia.

Difahamkan, stesen kereta api berkenaan menjadi pilihan untuk orang awam bergambar berikutan latar belakangnya yang cukup menarik dan simbolik.

Abi, seorang pelajar dari Bandung yang menuntut di sebuah universiti di Jakarta berkata bahawa tren HSR itu kini menjadi sensasi di Indonesia.

Selain kagum dengan teknologi canggih berkenaan, masyarakat setempat turut menaruh harapan tinggi untuk melihat kehidupan semakin mudah dan selesa selepas beroperasinya tren tersebut.

Pengarah Urusan Indonesia China High-speed Railway (KCIC), Dwiyana Slamet Riyadi pula menyatakan bahawa HSR itu mewujudkan situasi menang-menang untuk kerjasama dan pembangunan Indonesia-China.

Selaku tren seumpama yang pertama di Asia Tenggara, fasiliti itu merupakan teladan kerjasama yang boleh dicontohi negara lain.