Mata Wang Bersama BRICS Menjadi Tumpuan

2023-08-24 14:47:30  CRI
Share with:

Perbincangan mengenai penggunaan mata wang bersama BRICS menjadi topik hangat dalam Sidang Kemuncak BRICS kali ini.

 

Penggunaan mata wang bersama merupakan tanda integrasi peringkat tinggi dalam satu-satu kesatuan, sama seperti EURO di Kesatuan Eropah.

 

Bagaimanapun, pandangan pelbagai anggota dalam BRICS mengenai isu tersebut adalah berbeza.

 

Bagi Rusia, mereka tentunya menyokong dengan kukuh, sebab mereka kini merupakan mangsa terbesar dalam pensenjataan USD. Sistem kewangan global kini ditubuhkan berdasarkan kedudukan dominasi USD. Pelbagai pertubuhan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, SWIFT semuanya berkhidmat untuk mengawal kedudukan dominasi tersebut.

 

USD menjadi mata wang antarabangsa adalah releven dengan situasi antarabangsa selepas WWII. Tapi, ini bermakna USD menjadi satu produk awam dan perlu memikul lebih banyak kewajiban antarabangsa.

 

Amerika Syarikat pastinya mendapat faedah dengan kedudukan unik USD. Tapi tindakan negara itu yang menjadikan USD sebagai ‘senjata’ adalah sangat melampau. Ini juga merupakan sebab mengapa Brazil dan Afrika Selatan juga amat aktif menggalakkan mata wang bersama BRICS.

 

Bagaimanapun, India pula masih ragu-ragu. Walaupun India juga tidak puas hati terhadap kedudukan dominasi USD, tapi pada masa sama juga tidak berani secara terus terang menentang Amerika Syarikat. Khususnya pengantarabangsaan Rupi India tidak begitu tinggi berbanding RMB China. Mereka juga bimbang peranannya agar lemah dalam mata wang bersama BRICS.

 

Bagi Satria, China tentulah menyokong kepelbagaian mata wang antarabangsa. Tapi, China mengambil pendekatan untuk bersabar mengenai pewujudan mata wang bersama BRICS.

 

Ia merupakan sasaran jangka panjang, tapi kelihatan sukar direalisasikan dalam jangka pendek, khususnya terdapat pandangan yang berbeza antara anggota BRICS.

 

Meskipun begitu, banyak lagi perkara yang lebih mudah dilaksanakan sebelum mengeluarkan mata wang bersama BRICS dalam usaha menggalakkan kerjasama dan pengurusan mata wang antarabangsa, membentuk jaringan kewangan antarabangsa yang lebih selamat dan stabil.

 

Contohnya, semua pihak boleh terus menggalakkan pertukaran mata wang bilateral antara negara-negara BRICS, penyelesaian pembayaran dengan menggunakan mata wang sendiri dalam perdagangan bilateral dan lain-lain.

 

Pengantarabangsaan RMB China bukan bergantung kepada usaha China, tapi bergantung kepada keperluan antarabangsa dan pilihan negara lain yang mengekalkan hubungan perdagangan rapat dengan China.

 

“De-dollarization” pula bukan inspirasi negara-negara tertentu bagi menggulingkan dominasi Amerika dari bidang kewangan. Ia respons kebanyakan negara untuk memelihara kepentingan masing-masing setelah melihat pensenjataan USD dan risikonya terhadap keselamatan kewangan negara.