Ketua Wagner Prigozhin Disahkan Maut dalam Nahas Udara

2023-08-24 14:54:37  CRI
Share with:

Ketua kumpulan askar upahan Wagner Yevgeny Prigozhin disahkan maut dalam nahas udara yang berlaku di wilayah Tver, Rusia pada 23 Ogos waktu tempatan.

Dmitry Utkin, seorang lagi pengasas Wagner dan pengurus kumpulan itu, turut berada dalam pesawat yang terhempas.

Menurut senarai nama mangsa korban yang diumumkan Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia, tujuh penumpang dalam pesawat itu adalah pemimpin tinggi kumpulan Wagner.

Pesawat peribadi yang membawa tujuh penumpang dan tiga anak kapal terhempas di wilayah Tver, dekat Moscow, dalam perjalanan dari Moscow ke St Petersburg.