Jepun Mula Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut

2023-08-24 13:13:26  CRI
Share with:

Loji Fukushima Daiichi Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif ke laut pada pukul 1.00 petang waktu tempatan hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar China membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Jepun tersebut.

Kata jurucakap itu, tindakan Jepun itu mengalihkan risiko kepada seluruh dunia dan memanjangkan derita kepada generasi-generasi yang akan datang. Jepun menjadi perosak ekologi alam sekitar dan pencemar lautan global. Tindakan Jepun itu bukan sahaja menjejaskan hak kesihatan, pembangunan dan alam sekitar rakyat dunia, malah juga bertentangan dengan tanggungjawab moral dan kewajipan undang-undang antarabangsa negara itu sendiri.