BRICS Terima Enam Anggota Baharu
Enam negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Iran dan Ethiopia secara rasmi diterima sebagai anggota BRICS.
Hasil itu diumumkan dalam sidang media khas Sidang Kemuncak BRICS ke-15 di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis.
Presiden China Xi Jinping ketika berucap pada sidang media khas itu menyatakan, peluasan BRICS mencerminkan keazaman pertubuhan itu untuk bersatu padu dan bekerjasama dengan negara membangun. Ia adalah harapan masyarakat antarabangsa dan bersesuaian dengan kepentingan bersama negara pasaran baru muncul dan negara membangun.
Beliau menambah bahawa peluasan BRICS ini adalah titik permulaan baharu yang pasti akan menyuntik kedinamikan kepada mekanisme kerjasama BRICS, sekali gus menambah lagi kuasa pembangunan damai di peringkat global.