Ekopelancongan Berunsurkan Kebudayaan Rancak di Jianshi

2023-08-24 14:24:47  CRI
Share with:

Cuti sekolah musim panas sekarang ini merupakan musim puncak pelancongan di kaunti Jianshi, daerah Enshi, provinsi Hubei.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sejumlah pakej ekopelancongan yang berunsurkan kebudayaan dan serasi dengan ekologi dan sumber alam tempatan, giat dipromosi sehingga menjadi tarikan utama bagi pelancong dari pelbagai tempat. Limpahan hasilnya turut memberi faedah kepada perkembangan industri katering dan perkhidmatan inap desa setempat, dan kesemuanya dipercayai kondusif bagi merancakkan landskap pembangunan desa.