CMG, SABC Terbitkan Dokumentari Catat Persahabatan China-Afrika Selatan
Kumpulan Media China (CMG) dan Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan (SABC) mengumumkan akan bersama-sama menerbitkan dokumentari bersiri untuk mencatatkan persahabatan 'persaudaraan' dan kerjasama antara China dan Afrika Selatan sejak ikatan diplomatik dijalin 25 tahun lalu.
Presiden CMG Shen Haixiong dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) SABC Yolande van Biljon menghadiri majlis pelancaran penggambaran dokumentari dan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian, di Johannesburg Afrika Selatan, pada 23 Ogos.
Dokumentari bersiri tersebut akan memaparkan pencapaian kerjasama China dan Afrika Selatan dalam hubungan luar, ekonomi dan pertukaran lawatan rakyat.
Dokumentari itu akan dihasilkan dalam versi bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, dan disiarkan melalui saluran televisyen CMG dan SABC serta plafrom media baharu.