China Ucapkan Tahniah kepada Srettha Thavisin

2023-08-24 14:56:08  CRI
Share with:

China mengucapkan tahniah kepada Srettha Thavisin yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-30 Thailand.

Ucapan tahniah itu dizahirkan melalui jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu.

Wang mengatakan, sebagai jiran bersahabat dan komuniti berkongsi nasib, China gembira melihat Thailand melaksanakan pelbagai agenda politik dengan licin termasuk pemilihan perdana menteri. China yakin rakyat Thailand akan mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang dalam jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan di negara sendiri.

Beliau menambah bahawa China bersedia bersama-sama Thailand meningkatkan sinergi untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib, dan menjadikan rakyat kedua-dua negara kekal jiran, sahabat, saudara dan rakan yang mesra.