Jepun Perlu Bertanggungjawab Atas Pelepasan Air Radioaktif ke Laut
Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif ke laut pada pukul 1.00 petang 24 Ogos. Kerajaan Jepun menjadi perosak ekologi alam sekitar, pencemar laut sejagat, dan ini menjadi kotoran sejarah yang tidak boleh dihapuskan.
Inilah kali pertama air radioaktif dilepaskan ke laut sejak manusia menggunakan tenaga nuklear dan tiada piawaian yang diiktiraf umum untuk rawatan air seumpama.
Menurut rancangan Syarikat Tenaga Eletrik Tokyo (TEPCO), pihaknya akan melepaskan air tercemar seberat 7,800 tan dalam masa 17 hari, dan pelepasan bagi tahun ini akan mencapai 31.2 rbiu tan.
Menurut unjuran pakar, simpanan air tercemar nuklear di Jepun kira-kira 1.3 juta tan pada masa ini, pelepasannya dijangka berlarutan selama 30 hingga 50 tahun.
Keputusan Jepun tersebut dibantah keras oleh sektor perikanan negara itu. Mereka menuntut kerajaan menghentikan pelan tersebut kerana ia akan "membawa bencana kepada generasi akan datang".
Adalah diketahui umum bahawa kerajaan Jepun memilih cara pelepasan sedemikian kerana ia adalah paling berjimat dan mudah dilaksanakan. Namun di sebaliknya, terdapat juga unsur politik.
TEPCO, pengelola Loji Kuasa Nuklear Fukushima merupakan sebuah syarikat monopoli. Menurut laporan media tempatan, banyak pegawai kanan kerajaan diundang memegang jawatan penasihat di syrikat itu setelah bersara, dan mendapat gaji yang amat tinggi.
Tak hairanlah banyak media mengulas bahawa pelan pelepasan air sisa itu adalah "keputusan politik".