Kecam Keras Jenayah Jepun terhadap Semua Kaum Manusia

2023-08-25 15:10:42  CRI
Share with:

Semalam, tanggal 24 Ogos 2023 adalah satu tarikh yang wajib diingati oleh umat manusia.

 

Pada tengah hari semlam, Jepun melakukan jenayah besar dengan mula melepaskan air tercemar nuklear ke laut.

 

Ya, kita mengecam keras jenayah kerajaan Jepun terhadap semua kaum manusia, sebab dalam sejarah manusia tidak pernah berlaku pencemaran nuklear yang begitu teruk dan  tindakan menjejaskan sistem ekologi secara sengaja.

 

Banyak kali Satria sebut sebelum ini, kerajaan Jepun bukan tiada pilihan lain yang lebih mesra dengan alam.

 

Jika diikutkan, antara ikhtiar lain yang boleh dilakukan adalah seperti menyimpan air tercemar tersebut dalam tangki selama 50 tahun sehingga radioaktifnya hampir hilang, dan kemudian baru dilepaskan ke laut.

 

Tapi mengapa mereka tidak mahu pendekatan yang lebih selamat? Mudah, kerana mahu memilih penyelesaian yang kosnya paling rendah.

 

Alasan yang digunakan oleh Jepun kononnya air yang dilepaskannya selamat pula kurang meyakinkan.

 

Air tercemar nuklear berbeza besar dengan air buangan loji nuklear.

 

Air buangan loji nuklear adalah air untuk mendinginkan reaktor loji nuklear, ia tidak secara langsung menyentuh bahan nuklear dalam reaktor.

 

Tapi air yang dilepaskan oleh Jepun adalah air tercemar oleh bahan nuklear. Reaktor loji Fukushima telah terosak dalam tsunami, untuk mengelakkan ia terletup, barulah air laut digunakan untuk mendinginkannya.

 

Kalau air buangan nuklear diibaratkan air untuk merebus telur, jadi air yang dilepaskan di Fukushima adalah sup telur.

 

Meletakkan status air tercemar nuklear ke tahap yang selamat dengan sewenang-wenangnya, dan diikuti pula tindakan tokoh politik ‘minum air dari Fukushima’ di depan media sebenarnya langsung tidak memberi sebarang makna.

 

Ini contoh paling mudah Satria boleh berikan. Ia seperti tukang masak nak memasukkan sebungkus garam ke dalam sup. Kalau kita nampak, tentulah kita tentulah akan menghalangkannya kerana jika tidak sup akan menjadi terlalu masin.

 

Tapi, tukang masak itu cakap jangan risau, dan dia tawar untuk kita rasa kemasinan tersebut dengan sebotol air dulu. Sudah tentulah ia tidak begitu masin. Tapi, seterusnya si tukang masak memasukkan sebotol air masin ini ke dalam sup… Ya, kesemuanya.

 

Dengan kaedah “pemprosesan” air tercemar nuklear di Fukushima buat masa ini, tidak mengubah jumlah keseluruhan bahan radioaktif dilepaskan ke dalam laut.

 

Disebabkan tidak pernah berlaku pencemaran nuklear yang skalanya begitu besar dan pelepasan air tercemar ke laut akan berlarutan selama 30 tahun, risikonya mungkin susah dilihat oleh kita semua, tapi saintis telah memaklumkan beberapa kemungkinan, termasuk mengubah DNA organisma laut dan generasi akan datang kita, meningkatkan kadar berlakunya penyakit kansar dan lain-lain.

 

Menghadapi keadaan tersebut, kerajaan China terpaksa melarang semua import produk aquatik dari Jepun bermula semalam untuk menjamin keselamatan penduduk. Tak sangka keputusan ini dibantah keras oleh kerajaan Jepun dengan didakwa “kurang saintifk”, “mempolitikkan isu pelepasan air Fukushima”.

 

Sungguh hebat propaganda, sebab kerajaan Jepun telah mengumumkan peruntukan sebanyak JPY70 bilion untuk mengawal “maklumat palsu” mengenai pelepasan air tercemar nuklear di Fukushima dalam media sosial dan pelbagai platform yang lain.

 

Manakala berdasarkan kajian yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, kos pelepasan langsung hanya akan menggunakan JPY3.4 bilion saja. Manakala penyelesaian pelepasan pengewapan yang dicadangkan oleh China dan Rusia juga hanya akan menggunakan JPY34.9 bilion.

 

Maksudnya, kerajaan Jepun bersedia memperuntukkan juah lebih banyak wang untuk mengawal media berbanding menangani pencemaran terhadap sistem ekologi global.