Peluasan BRICS Mempunyai Makna Sejarah

2023-08-25 14:12:21  CRI
Share with:

Penerimaan enam anggota baharu dalam BRICS mempunyai makna sejarah, sekali gus mencerminkan keazaman pertubuhan itu untuk berpadu dan bekerjasama dengan negara membangun.

Ia selaras dengan harapan masyarakat antarabangsa, dan sesuai dengan kepentingan bersama negara pasaran baru muncul dan negara membangun.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China pada Khamis.

Beliau menambah bahawa peluasan BRICS itu adalah titik permulaan baharu organisai itu, dan pasti akan menyuntik kedinamikan kepada mekanisme kerjasama BRICS, sekali gus menambah lagi kuasa kedamaian dan pembangunan di peringkat global.

Sidang Kemuncak BRICS ke-15 diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan pada 22 hingga 24 Ogos. Presiden China Xi Jinping dan pemimpin anggota lain dengan sebulat suara bersetuju untuk mengundang Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Iran dan Ethiopia untuk menganggotai BRICS.