Trump Serah Diri di Penjara Georgia

2023-08-25 12:09:24  CRI
Share with:

Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyerah diri di penjara kaunti Fulton, Atlanta, Georgia pada Khamis kerana disyaki terlibat dalam jenayah cuba membatalkan keputusan pilihan raya di negeri itu pada tahun 2020.

Kes berkenaan melibatkan 19 individu dengan 41 pertuduhan, antaranya 13 pertuduhan terhadap Trump. Ini kali keempat Trump berdepan tuduhan jenayah sejak tamat tempoh perkhidmatan jawatan presiden.

Mantan Presiden AS itu menyelesaikan prosedur menyerah diri sebelum dibenarkan meninggalkan penjara berkenaan.

Peguam kaunti Fulton, Fani Willis menuntut 19 tertuduh itu supaya menyerah diri sebelum tengah hari 25 Ogos, dan perbicaraan kes berkenaan bermula pada 23 Oktober nanti.