Masyarakat Antarabangsa Diseru Bersama Tuntut Jepun Hentikan Pelepasan Air Radioaktif

2023-08-26 15:14:54  CRI
Share with:

(Rakyat Jepun mengadakan tunjuk perasaan di dahapan ibu pejabat TEPCO, membantah pelepasan air sisa radioaktif dari loji Fukushima ke laut, pada 24 Ogos.)

Masyarakat antarabangsa diseru agar bersama-sama menggesa kerajaan Jepun membetulkan keputusan salah dan menghentikan pelepasan air sisa radioaktif ke laut dengan serta merta.

Seruan itu dizahirkan oleh Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada sesi perbincangan mengenai resolusi kerjasama antara PBB dengan Forum Kepulauan Pasifik, pada Jumaat.

Geng Shuang menyatakan, lautan adalah harta milik semua umat manusia. Pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke laut secara sepihak langsung mengabaikan kepentingan awam dan mengakibatkan seluruh dunia terdedah kepada risiko pencemaran nuklear.

Beliau menambah bahawa wakil Jepun berkali-kali memetik laporan penilaian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam ucapan mutakhir ini. Padahal, Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi beberapa kali menekankan bahawa pelepasan air sisa radioaktif ke laut adalah keputusan kerajaan Jepun semata-mata, laporan penilaian IAEA bukanlah pencadang atau asas keputusan Jepun itu.