Kaedah BRICS Wujudkan Pembangunan Berkualiti Tinggi
Enam negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Iran dan Ethiopia diundang untuk menganggotai BRICS. Keputusan bersejarah itu diumumkan dalam sidang media khas Sidang Kemuncak BRICS ke-15 yang diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis.
Peluasan BRICS, dari muncul idea hinggalah menjadi realiti, China telah memainkan peranan yang amat penting. Peristiwa bersejarah itu sekali gus membuktikan daya tarikan mekanisme kerjasama BRICS, di samping mencerminkan keinginan pasaran baru muncul dan negara membangun untuk menjalin kerjasama.
Pada sidang kemuncak Johannesburg, Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa negara-negara BRICS harus mempergiat kerjasama ekonomi, perdagangan, fiskal dan kewangan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi, di samping itu, mengintensifkan kerjasama keselamatan politik dan memelihara keamanan dan ketenteraman.
Sementara itu, beliau menyarankan negara-negara anggota mengukuhkan pertukaran dalam kalangan rakyat, menggalakkan saling belajar antara tamadun, menjunjung tinggi keadilan dan kesaksamaan, serta menambah baik tadbir urus global.
Sebagai wakil pasaran baru muncul, negara-negara BRICS berusaha menjalin 'hubungan rakan kongsi berkualiti tinggi' dan ia bermakna kerjasama antara negara-negara berkaitan adalah berkualiti tinggi, yang bukan sahaja dapat menangani cabaran semasa seperti momentum pemulihan ekonomi global yang menjadi lemah, tetapi juga bersesuaian dengan trend perkembangan zaman dan teknologi.
Dalam pada itu, kerjasama keselamatan politik adalah satu lagi aspek penting. Anjuran China untuk mempergiat kerjasama keselamatan politik BRICS memaparkan aspirasi bersama rakyat di dunia yang mencintai keamanan, dan kondusif untuk BRICS berpegang pada hala tuju pembangunan aman serta menyumbang tenaga sendiri untuk menjaga keamanan dunia.