Pusat Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN Dirasmikan di Qinzhou
2023-08-27 15:31:47 CRI
Pusat Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN Qinzhou dirasmikan di pelabuhan Qinzhou, Guangxi, China pada Sabtu.
Pusat itu menyasar untuk menjadi tempat pengedaran, perdagangan dan pemprosesan buah-buahan dari Thailand, Malaysia dan Kemboja, seperti durian, mangga, kelapa, manggis, dan longan untuk pasaran China dan ASEAN.
Difahamkan, jumlah perdagangan buah-buahan di pusat itu dijangka akan mencapai 600 ribu tan menjelang tahun 2025.
Sempena majlis perasmian pusat itu, durian kumpulan pertama dari Malaysia berjaya dihantar ke pelabuhan Qinzhou, dan diniagakan dalam platform perniagaan dalam talian.