Lepas Air Sisa Radioaktif, Rakyat Jepun Zahirkan Protes

2023-08-28 13:09:40  CRI
Share with:

Rakyat dari serata negara Jepun dan sebahagian ahli parti pembangkang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Iwaki, Fukushima pada Ahad, sebagai bantahan terhadap pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut.

Kedegilan kerajaan Jepun dan pengendali loji Tokyo Electric Power Company (TEPCO) menyalurkan air sisa nuklear ke laut menimbulkan bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, seramai 500 orang dari 375 kumpulan sivik di seluruh negara menyertai protes tersebut untuk menggesa kerajaan supaya memberhentikan tindakan pelepasan berkenaan.

Penunjuk perasaan menyifatkan ujian kepekatan tritium ke atas air laut berhampiran loji nuklear Fukushima yang dijalankan TEPCO pada hari kedua selepas pelepasan air terawat, sebagai menipu diri sendiri.

Pengendali loji nuklear itu turut dikritik kerana tidak menguji unsur radioaktif yang lain atau pun mengambil kira faktor seperti pembiopekatan.