Kerjasama China-Burundi Berkisar Pembangunan Negara, Kehidupan Rakyat

2023-08-28 13:52:56  CRI
Share with:

Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiy menyifatkan hubungan negaranya dengan China sebagai penuh keikhlasan. 

 

Beliau berkata, kedua-dua negara adalah bersahabat serta bersatu-padu, dan  ia diibaratkan seperti hubungan kesaudaraan yang tulus.

 

"China adalah sebuah negara besar, tidak pernah berbohong kepada kami, sebaliknya adalah kawan yang bersedia berkembang bersama-sama dengan kami,” ujar Ndayishimiy.

 

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau berkata bahawa kerjasama antara negaranya dengan China bukan sahaja memfokus kepada bidang pertanian sahaja, tetapi turut melibatkan pelbagai bidang.

 

"Pakar China yang berada di Burundi telah membantu memupuk bakat untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan bidang lain.

 

"Kerjasama kedua-dua negara juga melibatkan kesihatan dan pendidikan. China turut membina hospital di Burundi dan terdapat doktor China yang berkhidmat di sini," kata Ndayishimiy.

 

Menurut Presiden itu, dalam bidang infrastruktur pula, China telah membantu membina jalan di Burundi, dan antara projek yang sedang dijalankan adalah membaikpulih serta memperluas lapangan terbang antarabangsa Bujumbura.

 

Ndayishimiy berpendapat bahawa kesemua bantuan tersebut adalah berkait rapat dengan pembangunan negara dan kehidupan rakyat Burundi.

 

Untuk rekod, China turut menghantar pakar pertanian kanan ke Burundi bagi menjalankan projek kerjasama teknologi sejak bulan Ogos 2009 dalam rangka Forum Kerjasama China-Afrika.

 

Dengan bantuan penyelidikan pakar dari China, beras hibrid China yang pelbagai jenis telah ditanam di Burundi, dan berjaya meningkatkan pengeluaran padi tempatan purata setiap hektar daripada tiga tan kepada lebih 10 tan.

 

“Pakar dari China selalu kelihatan bersama-sama dengan rakyat Burundi turun padang untuk bekerja, dan hubungan itu amat praktikal.

 

"Sumbangan China kepada Burundi juga merupakan kebanggaan kami. Kami berusaha bersama-sama, dan berganding bahu berkembang ke masa depan,” ujar Ndayishimiy.

 

Pada masa sama, beliau turut terinspirasi dengan dasar pembangunan China yang sentiasa berdasarkan kebudayaan China.

 

"Presiden Xi sentiasa menekankan tentang konsep ‘bercirikan China’. Pada masa depan, kami juga mahu mengambil dasar ‘bercirikan Burundi' pula,” kata Ndayishimiy.