Pesawat Tentera AS Terhempas, Tiga Maut

2023-08-28 11:33:10  CRI
Share with:

Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa 23 orang terhempas semasa menjalani latihan di Pulau Melville, Australia pada Ahad.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya tiga maut dan lima lagi cedera parah dalam insiden membabitkan pesawat jenis V-22 Osprey itu.

Perkara itu turut disahkan oleh pasukan marin AS yang bertugas di Darwin serta Jabatan Pertahanan Australia.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Australia, kesemua yang berada di dalam pesawat terlibat adalah anggota tentera AS.