Pameran Automobil Antarabangsa Chengdu Ke-26

2023-08-29 10:37:22  CRI
Share with:

Pameran Automobil Antarabangsa Chengdu ke-26 membuka tirainya pada 25 Ogos lalu. Sempena pameran selama 10 hari itu, kira-kira 1,600 kenderaan akan dipamerkan di ruangan pameran seluas 200,000 meter persegi.

Sebagai salah satu daripada empat pameran automobil peringkat A di negara ini, pameran Chengdu edisi ini akan mempamerkan sains dan teknologi termaju dan produk terkini industri pembuatan kenderaan dari serata dunia.