70% LNG yang Diimport Kaunti Rudong Berasal dari Negara BRI

2023-08-29 10:58:43  CRI
Share with:

Kapal LITKE yang berdaftar di Cyprus membawa 168,000 meter padu gas asli cecair (LNG) berlabuh di terminal penerimaan LNG di pelabuhan Yangkou, kaunti Rudong, provinsi Jiangsu di timur China pada 13 Ogos. Ini kapal ke-43 yang membawa LNG import di terminal penerimaan LNG Jiangsu.

Untuk rekod, sejak mula beroperasi pada Mei 2011, terminal penerimaan LNG itu telah menerima 630 kapal LNG dari 25 buah negara dan kawasan, termasuk Rusia, Peru dan Qatar. Antaranya 70% merupakan negara terlibat Jalur dan Laluan (BRI).