Kes Trump Campur Tangan Pilihan Raya Dibicara pada Mac 2024

2023-08-29 14:04:49  CRI
Share with:

Kes mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung dakwaan campur tangan pilihan raya akan dibicarakan pada 4 Mac 2024.

Keputusan itu dibuat Hakim Daerah AS, Tanya Chutkan pada Isnin. Ia sekali gus menolak permohonan pasukan undang-undang Trump supaya perbicaraan ditangguhkan sehingga April 2026.

Dalam kenyataan menerusi media sosial, Trump berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung tarikh perbicaraan berkenaan.

Campur tangan dalam pilihan raya 2020 antara empat pertuduhan jenayah yang dihadapi mantan Presiden AS itu.