China Pantau Keradioaktifan Air Laut, Jamin Kesihatan Rakyat

2023-08-29 14:58:03  CRI
Share with:

Pihak berkuasa China telah mengambil langkah-langkah untuk memantau keradioaktifan air laut serta risiko pencemaran nuklear terhadap produk akuatik bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Jurucakap itu turut mengulangi pendirian China menentang tindakan Jepun yang berdegil melepaskan air sisa radioaktif ke dalam laut sehingga mengalihkan risiko pencemaran nuklear kepada seluruh dunia.

Menyusul tindakan Jepun seumpama, ramai penduduk China meluahkan rasa bimbang terhadap persekitaran marin dan keselamatan produk akuatik menerusi cara berbeza.