Tipu Helah Mustahil Bersihkan Rekod Hitam

2023-08-30 15:47:41  CRI
Share with:

Tindakan Jepun melepaskan air sisa radioaktif dari loji Fukushima ke dalam Lautan Pasifik telah mencetuskan kritikan besar-besaran daripada masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, Jepun tidak membetulkan tingkah laku yang salah, sebaliknya bertindak menyasarkan China.

Beberapa media Jepun menggembar-gemburkan laporan 'sentimen anti-Jepun di China semakin meningkat'.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan beberapa politikus lain tampil menuntut China menarik balik larangan import produk akuatik dari Jepun, bahkan mendakwa akan mengambil tindakan balas.

Ia adalah sebahagian daripada perang pendapat umum yang didalangi Jepun.

Padahal, negara itu telahpun melancarkan kempen 'propaganda' dan cuba 'membersihkan' tindakan membuang sisa air nuklear ke laut sejak rancangan berkenaan diumumkan dua tahun lalu.

Penganalisis menunjukkan, perbuatan Jepun seumpama bertujuan untuk mengelirukan pendapat umum, menyamar dirinya sebagai 'mangsa' dan menyembunyikan fakta bahawa negara itu adalah 'pelaku' yang membawa ancaman terhadap keselamatan alam sekitar dan kesihatan manusia.

Jepun yang berdegil melepaskan sisa air nuklear ke laut tanpa mempedulikan kebimbangan dan bantahan masyarakat antarabangsa akan membawa risiko besar yang tidak dapat diramal kepada persekitaran marin dunia dan kesihatan manusia, sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, pengguna China turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap keselamatan makanan hidupan laut.

Maka, wajarlah kerajaan China mengambil langkah yang diperlukan berdasarkan sains dan fakta demi melindungi keselamatan persekitaran marin dan menjamin kesihatan rakyat.

Buat masa ini, Jepun sepatutnya membetulkan kesilapannya dan menghentikan pelepasan air radioaktif ke laut dengan serta-merta. 

Tipu helah Jepun yang memutarbelitkan fakta mustahil memperdayakan dunia, sebaliknya akan menjadikan jenayah dilakukannya terpampang jelas di depan khalayak ramai.