Vietnam Catat 60,000 Kes Denggi Tabun Ini

2023-08-30 12:20:02  CRI
Share with:

Sebanyak 61,799 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Vietnam dengan 14 kematian pada tahun ini, menurut data Kementerian Kesihatan Vietnam setakat 23 Ogos.

Wabak denggi beransur reda di selatan Vietnam berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun terus merebak di kawasan utara negara itu.

Dalam pada itu, Hanoi antara yang mengalami penularan wabak denggi paling serius.

Menurut statistik daripada pusat kawalan penyakit Hanoi, jumlah kes denggi mencatat 4,508 di bandar itu pada tahun ini, iaitu lebih 3.7 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.