China Seru Pergiat Sokongan Pembangunan Belia Afrika

2023-08-30 13:32:49  CRI
Share with:

China berusaha menjaga keamanan dan pembangunan Afrika, menyokong pembangunan belia Afrika melalui tindakan substantif serta bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan sokongan terhadap pembangunan belia rantau itu.

 

Demikian ujar Naib Wakil Tetap China di PBB, Dai Bing dalam mesyuarat Arria Formula Agenda Belia, Keamanan dan Keselamatan Afrika Majlis Keselamatan PBB, pada Isnin.

 

Menurut beliau, China mutakhir ini telah mewujudkan Inisiatif Sokong Perindustrian Afrika, selain turut melaksanakan rancangan China Bantu Modenisasi Pertanian Afrika, serta rancangan Kerjasama Memupuk Modal Insan China-Afrika.

 

"Kesemua langkah tersebut selaras dengan keperluan modenisasi Afrika, sekali gus menyokong pembangunan belia rantau Afrika dengan tindakan substantif," jelas Dai.

 

Beliau berkata, China juga bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan sokongan terhadap belia Afrika.

 

Kata Dai, ia adalah termasuk menyokong peranan belia dimainkan secara sepenuhnya dalam mendorong penyelesaian politik isu-isu utama, mengelakkan konflik bersenjata supaya mengurangkan jumlah golongan belia yang terdedah.

 

Tambahnya, China juga mahu mendorong keamanan melalui pembangunan, serta mempergiat sokongan dan bantuan terhadap golongan belia.