Mate60, Jawapan Huawei Atas Sekatan Amerika Syarikat
Sempena lawatan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo ke China, Huawei membuat kejutan dengan memulakan jualan telefon pintar terbaharunya, Mate 60 tanpa sidang media.
Untuk makluman, telefon pintar edisi baharu itu menyokong komunikasi 5G dan satelit, selain turut menggunakan cip Kirin9000s yang direka bentuk oleh Huawei sendiri dan dikeluarkan oleh syarikat China.
Sebelum lawatan Raimondo ke China, beliau banyak kali menegaskan sekatan terhadap teknologi tinggi China, termasuk cip semikonduktor sebab ia mungkin digunakan untuk ketenteraan dan menjadi ancaman keselamatan negara AS.
Beliau juga mendakwa subsidi besar-besaran kerajaan China untuk cip semikonduktor akan mengakibatkan kelebihan bidang tersebut dan menjejaskan industri AS.
Dengan erti kata lain, seluruh dunia tidak boleh mengeksport cip semikonduktor atau mesin untuk mengeluarkan cip semikonduktor kepada China, sebab ia akan mengancam keselamatan negara AS.
China juga tidak boleh menambah peruntukkan untuk menggalakkan penyelidikan dan pengeluaran sendiri, sebab ini akan menjejaskan industri cip semikonduktor AS.
Pada pandangan Satria, Huawei memilih semalam tiba-tiba menjual Mate 60 untuk memberitahu pihak AS, sekatannya tidak mampu menewaskan Huawei.
Disebabkan tiada syarikat yang berani mengeluarkan cip 5G untuk Huawei dengan sekatan dari AS, ini mengakibatkan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei pada beberapa tahun kebelakangan ini hanya menyokong telekomunikasi 4G saja.
Bagaimanapun, pasaran domestik dan kerajaan China memberi sokongan dan cukup bersabar kepada Huawei. Kuota pasaran Huawei di China pada Q2 tahun ini masih mengekal pada kadar 13%.
Jadi, ini bermakna Huawei tidak ‘hilang’ dalam pasaran antarabangsa. Satria juga telah melihat iklan Huawei P60 yang besar ketika baru tiba di Kuala Lumpur bulan lalu.
Akhirnya, kami menyaksikan pengembalian telefon pintar 5G Huawei semalam. Ketika maklumat Mate 60 mulai dijual tersebar semalam, ramai yang berbaris di luar kedai Huawei atau tercari-cari di platform e-dagang untuk membelinya.
Huawei Mate 60 terus menjadi hashtag paling hangat di media sosial, para netizen terkejut syarikat ini hanya mengambil masa 4 tahun sahaja sebelum berjaya mengatasi sekatan dari AS.
Beberapa jenama telefon pintar China yang lain pula turut menyatakan “Welcome back, mate!” melalui akaun media sosial. Sekatan yang dikenakan AS kepada Huawei menggalakkan pelbagai syarikat China menyedari risiko yang mungkin juga akan dihadapi sendiri dan lebih bersatu padu selain bersaing di pasaran.
Juga dengan kerjasama pelbagai syarikat China, kami baru mungkin melengkapi rantaian pengeluaran telefon pintar 5G yang bebas dari sekatan AS.
Hubungan perdagangan antara China dengan AS terjejas teruk sejak 2019, dan sekatan terhadap Huawei merupakan satu penanda yang penting.
Sekiranya Huawei Mate 60 ini adalah “ancaman keselamatan negara” bagi AS, kita tunggu dan lihat sama ada AS nak meningkatkan lagi sekatan atau mengiktiraf sekatannya tidak berguna dan memulihkan hubungan perdagangan yang normal dengan China.
Raimondo merupakan pegawai kanan keempat yang melawat China pada beberapa bulan ini.
Ini memperlihatkan kedua-dua pihak masih mengiktiraf pihak lain sebagai pekerjasama yang penting. Cuma sama ada mereka mahu meneruskan kerjasama, meningkatkan kerjasama atau mengurangkan kerjasama, ini semua bergantung kepada pilihan AS.
Sebelum lawatan Gina Raimondo, Jabatan Perdagangan membatalkan sekatan terhadap 27 buah syarikat China. Ini mungkin disifatkan sebagai nait baik pihak AS.
Tapi jangan buat-buat lupa pula yang masih terdapat lebih 1,300 syarikat China dalam pelbagai jenis senarai sekatan AS.