Xi Zahir Ucapan Tahniah Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia

2023-08-31 14:20:02  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia. 

Xi berkata Malaysia meraih pencapaian cemerlang dalam pembangunan negara, dan taraf hidup rakyat terus dipertingkat.

China dan Malaysia mempunyai ikatan persahabatan yang terjalin kukuh dan hubungan dua hala kekal utuh.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia. 

Konsensus penting berhubung pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara dicapai semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada Mac.

Ia sekali gus mencorakkan cetak biru baharu perkembangan hubungan dua hala, kata Xi.

Tahun hadapan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Xi turut menyatakan hasrat ingin bersama Agong menyemarakkan persahabatan tradisional, menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib, dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau.