AU Bidas Rampasan Kuasa di Gabon

2023-08-31 13:25:02  CRI
Share with:

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat menerusi kenyataan pada Rabu mengecam keras rampasan kuasa yang berlaku di Gabon.

Faki menyelar kejadian itu secara terang-terangan melanggar undang-undang dan dokumen politik AU.

Beliau menyeru tentera negara dan pasukan keselamatan menggalas tugas dengan bersungguh-sungguh bagi menjamin keselamtan presiden dan keluarganya serta anggota kerajaan.

Pusat Pilihan Raya Gabon pada subuh Rabu mengumumkan Presiden Ali Bongo berjaya mengekalkan jawatannya dengan meraih 64.27 peratus undi. 

Kemudian, belasan anggota tentera dengan nama Jawatankuasa Peralihan dan Pemulihan Institusi (CTRI) mengeluarkan kenyataan di stesen TV bahawa keputusan pilihan raya itu adalah tidak sah.

Mereka mendakwa sudah mengambil kuasa negara, di samping mengisytiharkan pembubaran agensi kerajaan dan penutupan semua sempadan.

CTRI dalam satu kenyataan selepas itu mengumumkan Presiden Ali Bongo diletakkan di bawah tahanan rumah.