Perkhidmatan Internet dan Telefon Pintar Ubah Gaya Hidup

2023-08-31 14:26:42  CRI
Share with:

Sepanjang cuti sekolah musim panas ini, ibu mentua Satria  menghantar si kecil ke gym untuk belajar berenang setiap hari.

 

Dulu ibu mentua Satria suka naik bas sebab ia percuma bagi warga emas. Tapi memandangkan cuaca yang sangat panas, saya cadang dia supaya gunakan khidmat e-hailing DiDi (macam Grab di Malaysia).

 

Dulu, dia berasa bimbang sebab jarang guna dan takut gagal membayar. Tapi setelah seminggu cuba menggunakan DiDi, si kecil pun turut sama mahir memanggil teksi dengan menggunakan telefon pintar neneknya.

 

Dan kadang-kadang bila cuaca tak begitu panas mereka memilih untuk menaiki bas. Jadi Satria juga menggunakan fungsi NFC telefon pintar untuk mengisikan wang dalam kad pengangkutan awam si kecil.

 

Ya, kini warga emas dan kanak-kanak pun mahir menggunakan telefon pintar untuk memudahkan kehidupan.

 

Menurut laporan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC), jumlah pengguna Internet di China mencecah 1.079 bilion setakat Jun lalu, bertambah 11.09 juta berbanding Disember 2022.

 

Angka itu bersamaan 76.4 peratus populasi negara ini yang mempunyai akses internet. Antaranya 99.6% netizen menggunakan telefon pintar untuk mendapat perkhidmatan internet.

 

Perkhidmatan telekomunikasi segera, video dan video pendek antara perkhidmatan internet yang mempunyai pengguna paling ramai di China. Manakala e-hailing, penempahan pelancongan dan kebudayaan dalam talian antara yang memperlihatkan pertumbuhan paling pesat.

 

Benar, perkhidmatan internet telah banyak mengubah gaya hidup kita.

 

Semasa sekeluarga Satria melancong ke provinsi Anhui dan Zhejiang pada cuti sekolah kali ini, semua penempahan hotel dan tiket destinasi pelancongan dilakukan secara dalam talian. Sistem jualan tikat destinasi memaparkan pada setiap jam masih tinggal beberapa tiket supaya kami memilih waktu yang sesuai dan mendapat layanan yang lebih seronok.

 

Kalau ini sudah biasa, yang mengejutkan Satria ialah ketika kawan memandu kereta elekterik (EV) membawa kami dalam lebuh raya, sistem navigasi juga membantu menunjukkan terdapat berapa pos pengecasan elektrik di kawasan perkhidmatan selanjutnya, antaranya berapa sedang diguna, masih tinggal berapa yang kosong supaya kami mampu memelankan perjalanan dengan lebih baik.

 

Perkhidmatan internet berasaskan infrastruktur telekomunikasi dan juga telefon pintar yang digunakan secara meluas.

 

Setakat ini, China telah membina lebih 2.93 juta stesen pangkalan 5G yang merupakan lebih 60% daripada jumlah di seluruh dunia.

 

Meskipun kebanyakan pengguna telefon pintar tidak banyak menghayati perubahan yang dibawa oleh perkhidmatan 5G, tapi ia sebenarnya telah banyak digunakan dalam bidang kenderaan tanpa pemandu (UV), perubatan jarak panjang, pengurusan bandar yang pintar, robot industri dan lain-lain.

 

Satria baru membawa kawan-kawan dari media Malaysia mencuba teksi tanpa pemandu di Taman Shougang, juga banyak kali menonton video di media sosial mengenai petani menggunakan dron untuk menyembur racun perosak dalam ladang. Ini semuanya perkhidmatan internet 5G yang nampaknya masih jauh dari kehidupan kita, tapi sebenarnya sedang beransur-ansur mengubah kehidupan kita.

 

Pada masa yang sama, berdasarkan pertubuhan analisis data Newzoo, pengguna telefon pintar di China telah melebihi 950 juta, lebih ramai berbanding jumlah keseluruh di India, Amerika Syarikat dan Indonesia yang masing-masing menduduki No.2, No.3 dan No.4.

 

Daripada kesemua telefon pintar yang digunakan di China, hampir separuh adalah telefon 5G.

 

Susulan perkembangan masyarakat menua di China, perkhidmatan internet semakin mementingkan pengubahsuaian untuk warga emas. Terdapat 1735 laman web dan APP yang banyak diguna telah diubahsuaikan untuk warga emas.

 

Pengubahsuaian untuk warga emas bukan membesarkan huruf saja, juga termasuk memudahkan penggunaan, mengawal salah bayar dan lain-lain.

 

Ini merupakan cabaran yang realiti, tekonlogi berkembang begitu pesat dan kami sedang menua.

 

Kadang kalanya, Satria pun rasa dah sedikit tua! Sebab Satria pun turut sama tidak faham sebahagian perkhidmatan Internet dalam telefon pintar.