Dunia Tunggu Tindakan Praktikal AS

2023-08-31 15:13:15  CRI
Share with:

Pengumuman China dan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan saluran komunikasi baharu semasa lawatan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo di Beijing, turut mencuri perhatian dunia.

Pakar berkenaan berpendapat, saluran tersebut akan membantu dua buah kuasa besar itu meningkatkan keberkesanan komunikasi. Namun, sama ada ia dapat berfungsi sepenuhnya terletak pada tindakan praktikal yang diambil AS.

AS diharap supaya mengotakan janji 'tidak cantas hubungan'. Ia bukan sahaja ditentukan oleh sifat hubungan perdagangan China-AS, tetapi juga keperluan komuniti perniagaan kedua-dua negara, yang turut membawa manfaat kepada pembangunan ekonomi dunia. 

Penggubal dasar dari Washington haruslah menyedari bahawa inti pati hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS adalah manfaat bersama dan saling untung.

Dari perspektif pelaksanaan, adalah mustahak dan mendesak bagi negara itu memberhentikan tindakan mempolitikkan atau menggeneralisasikan konsep keselamatan dalam isu ekonomi dan dagangan.

AS hendaklah mengambil peluang pewujudan saluran komunikasi itu untuk bertindak dengan jujur dan bergerak sehaluan dengan China ke arah memastikan hubungan dua negara kembali stabil, di samping menggalakkan pemulihan ekonomi sejagat.