Nanning Jadi Tuan Rumah Pameran Pendidikan Vokasional China-ASEAN

2023-09-01 13:25:32  CRI
Share with:

Bandar Nanning di Wilayah Guangxi China dijadual akan menjadi tuan rumah Pameran dan Forum Pendidikan Vokasional China-ASEAN pada 15 dan 16 September ini.

 

Dalam tempoh aktiviti tersebut, pameran teknologi dan kemahiran pendidikan vokasional, serta tujuh forum yang melibatkan sektor istimewa dan pertandingan kemahiran pelajar dari sekolah vokasional China dan negara ASEAN yang merangkumi lima acara akan dijalankan.

 

Difahamkan bahawa objektif utama aktiviti tersebut adalah untuk menggerakkan pembangunan pendidikan vokasional secara inovatif di China dan negara-negara ASEAN.