Penduduk Jepun Bangkit Tuduhan terhadap Kishida

2023-09-02 15:59:39  CRI
Share with:

Sebuah kumpulan sivik Jepun membangkitkan tuduhan terhadap Perdana Menteri Fumio Kishida dan Presiden Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) Tomoaki Kobayakawa atas perbuatan membuang air sisa nuklear ke laut.

Surat tuduhan yang diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Awam Daerah Tokyo pada Jumaat berbunyi, masih terdapat elemen radioaktif dalam air tercemar yang dirawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi.