Cuba Makanan Laut di Depan Khalayak, Ada Rekod Buruk di Belakang

2023-09-02 15:23:21  CRI
Share with:

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Jepun Rahm Emanuel mengadakan lawatan khas ke Fukushima untuk mencuba makanan laut di sana pada Khamis, sebagai sokongan terhadap penyaluran sisa air radioaktif dari loji nuklear ke dalam laut oleh kerajaan Jepun.

Ironinya, angka berkenaan menunjukkan, AS merupakan negara yang mengurangkan import produk pertanian, perhutanan dan akuatik dari Jepun dengan jumlah paling banyak pada separuh pertama tahun ini.

Antaranya, terdapat tiga jenis barang makanan yang dihasilkan di kawasan yang terjejas akibat pembuangan air tercemar berkenaan.

Hakikinya, AS sendiri banyak melakukan perbuatan 'meracuni' lautan hanya untuk mengaut laba. Negara itu berdiri di sisi Jepun oleh kerana dirinya pun menjadi perosak alam sekitar marin.

Laporan Los Angeles Times berbunyi, tentera AS membuang sejumlah besar bahan kimia ke dalam laut dari 1944 hingga 1970, termasuk 29,000 tan gas saraf dan gas mustard, serta lebih daripada 500 tan sisa nuklear radioaktif.

Laporan The Guardian pada bulan Mac pula mendedahkan syarikat perindustrian di California menyalurkan sisa kimia toksik ke dalam laut berhampiran selama bertahun-tahun, termasuk racun serangga sintetik chlorinated pesticides (DDT). 

AS membiarkan kerajaan Jepun berbuat sedemikian hanya untuk kepentingan ekonomi dan geopolitik.

Penganalisis berpendapat, perbuatan AS membantu Jepun mewajarkan rancangan pelepasan sisa air radioaktif adalah kerana ia mahukan perkara itu diselesaikan secepat mungkin supaya tidak menjejaskan kerjasama dua negara dalam tenaga nuklear.

AS mempunyai cip tawar-menawar yang lebih besar dalam pertukaran kepentingan.

Selepas kemalangan nuklear di loji Fukushima Daiichi pada 2011, AS dan Jepun mencapai persetujuan mengenai pembinaan semula pasca bencana. Siapa sangka bahawa malapetaka berkenaan turut menjadi 'peluang' kerjasama kepada dua negara itu.

Jepun mahu mendapatkan sokongan antarabangsa menerusi kuasa AS, manakala AS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengekalkan hegemoni ketenteraan, sekali gus memastikan Jepun lebih rela menjadi boneka Strategi Indo-Pasifik.

Di sebalik cerita duta AS mencuba makanan laut di Fukushima, akhirnya terbongkar rekod buruk dua negara itu dalam memusnahkan alam sekitar marin, serta persekongkolan mereka dengan niat mengeruhkan situasi Asia Pasifik.