Rakyat Korea Selatan Bantah Pelepasan Sisa Air Fukushima

2023-09-03 13:45:02  CRI
Share with:

Puluhan ribu rakyat Korea Selatan termasuk aktivis alam sekitar, nelayan dan ahli politik berhimpun di pusat bandar Seoul pada Sabtu sebagai membantah tindakan Jepun melepaskan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut.

Sejak Jepun berdegil membuang air tercemar nuklear ke laut pada 24 Ogos, kumpulan sivik dan aktivis alam sekitar di seluruh Korea Selatan kerap kali mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk mengecam kelakuan kerajaan Jepun yang hanya mementingkan diri sendiri.

Mereka turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Korea Selatan kerana membiarkan Jepun berbuat sedemikian.