China, AS Diseru Intensifkan Persefahaman Kebudayaan

2023-09-04 11:51:57  CRI
Share with:


"Pesta Kebudayaan China" Washington ke-21 anjuran bersama beberapa persatuan masyarakat orang Cina dan perantau China telah diadakan di ibu kota Amerik Syarikat (AS) itu.

Upacara perasmian pesta tersebut diharumkan kehadiran Duta Besar China ke negara itu, Xie Feng. Dalam ucapannya, Xie menyeru kedua-dua negara agar mengintensifkan hubungan kebudayaan, persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.

Xie berkata, China dan AS sebagai negara yang berbilang kaum dan kebudayaan, didiami rakyat yang tekun, arif, bijaksana dan berani. Terdapat lebih 5 juta orang Cina dan perantau China di AS yang berperanan sebagai pewaris kebudayaan tradisional Cina yang unggul dan juga penyumbang besar bagi pembangunan socioekonomi tempatan.

Xie menekankan bahawa perbezaan tamadun tidak sepatutnya menjadi punca konflik, sebaliknya daya motivasi kemajuan.

Pesta kali ini juga disempurnakan dengan surat tahniah daripada Presiden negara itu, Joe Biden dan Datuk Bandar Washington D.C., Muriel Bowser.

Hampir 10 ribu penduduk tempatan yang terpukau dilaporkan mendatangi Jalan Pennsylvania untuk menyertai pesta yang dilengkapi lebih 40 gerai jalanan ini. Mereka berpeluang menghayati daya tarikan kebudayaan Cina dalam suasana yang meriah, melalui menonton tarian singa dan naga, persembahan opera Peking, kraftangan sulaman dan seni hidangan teh, dan mengecapi masakan yang bercirikan China seperti masakan Sichuan, mi tarik Lanzhou dan itik panggang Peking.