CIFTIS Pimpin Industri Perdangan Perkhidmatan Global

2023-09-04 14:22:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan ekonomi dunia akan berkembang dengan keterbukaan, sementara akan merosot apabila berlakunya penutupan.

Justeru, beliau berkata bahawa China akan memperkasakan keterbukaan bertahap tinggi.

Xi berkata demikian dalam ucapan videonya kepada Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global yang berlangsung sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023, pada Sabtu.

Perdagangan perkhidmatan yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) melibatkan 12 kategori, termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pembinaan dan kejuruteraan, perkhidmatan pos dan hantaran ekspres, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan alam sekitar, perkhidmatan kesihatan, dan perkhidmatan sosial dan sebagainya.

Menurut statistik, jumlah perdagangan perkhidmatan dunia menduduki 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, dengan dua pertiga pekerjaan di negara-negara membangun dan empat perlima pekerjaan di negara-negara maju adalah dari sektor perkhidmatan.

Menjangkau usia 45 tahun pembaharuan dan pintu terbuka China pada tahun ini, China telah memulakan pembaharuan dalaman dan menerapkan pembukaan ke luar selama hampir setengah abad. Ia bukan sahaja mengubah China secara menyuluruh, tetapi juga memberi kesan mendalam kepada dunia.

Sebagai contoh, dalam perdagangan perkhidmatan, China dengan sengaja memperluas import perkhidmatan, memberikan pasaran besar dengan 1.4 bilion penduduk bagi perdagangan perkhidmatan global. Pada masa sama, melalui pembukaan mekanisme dan sistem, China berjaya melaksanakan penyelidikan untuk pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan global.

Misalnya, sejak dimulakan pada 2012, CIFTIS telah menarik lebih daripada 600,000 peserta dari 196 negara dan wilayah, serta lebih daripada 600 persatuan perdagangan luar dan institusi luar China untuk mengambil bahagian.

Sebanyak 51 negara, 24 pertubuhan antarabangsa, serta lebih daripada 2,200 syarikat menyertai CIFTIS edisi kali ini, dan lebih daripada 500 syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 dan syarikat terkemuka turut menghadiri majlis.

Mengikut perkembangan trend ekonomi dunia yang baharu, CIFTIS terus meningkatkan tahap teknologi digital dan pintar dalam perdagangan perkhidmatan, menjadikannya platform penting yang menerajui industri perkhidmatan global dalam teknologi dan perkhidmatan baharu.

“Negara-negara di seluruh dunia dialu-alukan memanfaatkan peluang bersejarah dalam perkembangan perdagangan perkhidmatan global dan mendorong ekonomi dunia kembali ke landasan pemulihan yang berterusan,” kata Xi.