Lawatan Gina Raimondo ke China, Cerita di Luar Rundingan Jauh Lebih Menarik

2023-09-04 16:36:36  CRI
Share with:

Cerita di luar rundingan jauh lebih menarik dalam rangka lawatan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Gina Raimondo ke China.

 

Sebelum ini Satria ada kongsikan tentang Huawei yang melancarkan telefon pintar 5G terbaharunya, Mate 60 Pro ketika Gina berada di China dan ia adalah ‘mesej’ kepada pihak AS bahawa, “what does not kill you makes you stronger!”

 

Selepas lawatan di Beijing, Gina melawat Shanghai dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR).

 

Menurut The New York Times, perjalanan itu hanya mengambil masa 4.5 jam, dengan jaraknya hampir sama dari New York ke Atlanta atau Chicago, tapi di AS, perjalanan itu biasanya mengambil masa 18 hingga 24 jam.

 

Tapi sehari selepas, tukang edit menghapuskan ayat mengenai kelajuan HSR berbanding kereta api domestik AS.

 

Ketika melawat ke Disneyland di Shanghai, seorang anak perempuan tempatan yang berumur 7 tahun berbual-bual dengan Gina dalam bahasa Inggeris.

 

Jumlah pelancong ke Disneyland pada hari itu mencatat kira-kira 800 ribu orang.

 

Gina dalam lawatannya beberapa kali menegaskan suasana perniagaan syarikat AS di China sebab semakin ramai peniaga AS mendakwa tidak berani melabur ke China lagi.

 

Tapi, suasana di sini telah memberitahu Gina bahawa rakyat China mengalu-alukan pelaburan AS seperti Disneyland. Rakyat China termasuk kanak-kanak memahami dunia dengan baik, sebaliknya media AS yang degil cuba menutup keadaan benar di sini kepada rakyatnya.

 

Gina mungkin belum memahami maksud benar dalam dakwaan para peniaga AS. Mereka tidak berani melabur ke China bukan disebabkan sekatan dari China, sebaliknya sekatan AS atas syarikat China yang semakin melampau.

 

Lebih 1,300 syarikat China tersenarai dalam sekatan kerajaan AS. Tentulah peniaga AS akan bimbang atas balasan dari pihak China, meskipun ia hanya menyasarkan satu dua syarikat yang menjejaskan keselamatan negara China pada masa ini, seperti Raytheon dan Micron.

 

Pada masa yang sama, sekatan terhadap China sebenarnya banyak menjejaskan kepentingan peniaga AS.

 

Misalnya, AS meluluskan akta yang melarang syarikat cip dari seluruh dunia menambah pelaburan di China. Pada masa yang sama menuntut mereka melabur di AS untuk membina kilang baharu.

 

CEO Intel, Pat Gelsinger memberitahu kepada White House secara terus terang bahawa pasaran China menduduki 27% bagi syariakt tersebut. Kalau jualan mereka dikurangkan sebanyak lebih 20% ekoran sekatan, ia tidak mampu memberi peruntukkan untuk penyelidikan teknologi lebih maju dan juga membuka kilang baharu di AS untuk menambah kapasiti pengeluaran.

 

Gina Raimondo sebagai setiausaha Perdagangan AS, bertugas memelihara kepentingan perdagangan negaranya. Diharap lawatan kali ini membantu beliau memahami, pihak yang menjejaskan kepentingan perdagangan AS bukanlah China, sebaliknya White House.

 

Sekatan kerajaan AS terhadap syarikat-syarikat China memaksa China melengkapi rantaian bekalan sendiri, tapi menyekat syarikat-syarikat AS di luar pintu pasaran terbesar di dunia.