Balai Polis Myanmar Alami Serangan Dron, Lebih 10 Cedera

2023-09-04 12:44:19  CRI
Share with:

Menurut laporan media Myanmar, sebuah balai polis di bandar Mia-wadi di kawasan sempadan Myanmar-Thailand mengalami serangan dron pengebom, yang turut mengakibatkan lebih 10 orang termasuk beberapa orang anggota polis cedera.

Penduduk tempatan mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 3 biji bom kelihatan dilemparkan dron terbabit, dan kemudian bekalan elektrik terhenti di balai polis itu beserta kawasan sekitarnya.

Belum diketahui persatuan mana pencetus serangan itu setakat ini.