BRI Menyumbang kepada Usaha Kemanusiaan Global

2023-09-04 15:02:23  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menyasarkan pembaikpulihan infrastruktur di banyak negara dan kawasan, menekankan pembangunan dan menyumbang kepada usaha kemanusiaan global. Presiden Jawatankuasa Antara bangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric Egger berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan dari gabungan badan media China di ibu pejabat ICRC di Genava.

Beliau menyatakan bahawa BRI sejajar dengan semangat kemanusiaan, mampu memberikan bantuan secara berterusan kepada mereka yang terjejas dalam konflik.

Ketika membicarakan pengaruh perubahan iklim kepada masyarakat manusia, Mirjana Spoljaric Egger menyeru masyarakat antarabangsa berusaha bersama untuk menghulurkan bantuan kepada kawasan yang mengalami bencana alam, dan menambah peruntukan terhadap pembinaan infrastruktur untuk mengurangkan pengaruh perubahan iklim terhadap kawasan yang terbabit.

Tambah beliau, ICRC dan China mengekalkan dialog yang erat dan kerjasama yang efektif, dan "dialog seumpama itu diharap terus dipertingkat," katanya.