Forum E-dagang Jalan Sutera China-ASEAN 2023 Bakal Diadakan di Nanning
Forum E-dagang Jalan Sutera China-ASEAN 2023 akan diadakan sempena berlangsungnya Ekspo China-ASEAN ke-20 di bandar Nanning, Guangxi.
Tokoh politik, wakil persatuan perdagangan, pakar, sarjana dan taikun dalam kalangan industri e-dagang dari China dan negara-negara ASEAN akan berkumpul di Nanning untuk menyerikan forum yang bertemakan "Mengambil Peluang Era Digital dan Mencipta Masa Depan E-dagang di Jalan Sutera" itu. Perbincangan mereka akan menumpu kepada peluang-peluang baharu untuk pembangunan ekonomi digital China-ASEAN dalam situasi baharu, mewujudkan model baharu kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, bagi mendorong pembangunan berkualiti tinggi "E-dagang Jalan Sutera".
Hasil penyelidikan industri yang melibatkan Indeks Pembangunan Kerjasama E-dagang China-ASEAN akan diumumkan semasa forum itu berlangsung. Selain itu, kontrak beberapa projek e-dagang utama akan ditandatangani, dan aktiviti seperti pesta pembelian barangan bercirikan ASEAN secara dalam talian juga akan diadakan untuk mempromosikan produk buatan ASEAN ke seluruh negara China, di samping meningkatkan penjenamaan produk buatan Guangxi di pentas ASEAN.