Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 Dirasmikan Hari Ini

2023-09-05 15:41:40  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ke-43 dirasmikan di Jakarta, ibu negara Indonesia hari ini. Menurut Kementerian Luar Indonesia, negara pengerusi bergilir ASEAN, para hadirin termasuk pemimpin dari 22 buah negara termasuk negara-negara ASEAN dan negara dialog dan rakan ASEAN serta delegasi dari sembilan buah pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia.

Menurut maklumat, selepas majlis perasmian berakhir, mesyuarat antara negara ASEAN, antara negara ASEAN dengan China, Amerika Syarikat darn negara dialog lain akan turut diadakan secara dua hala atau pelbagai hala.

Sidang kemuncak ASEAN kali ini akan tetap memfokuskan isu kepusatan ASEAN, komited untuk membina suasana persekitaran yang damai dan stabil di samping merancakkan kerjasama dalam ASEAN dan antara ASEAN dengan pihak-pihak lain untuk menggalakkan pembangunan bersama.