Perkembangan Pesat EV Sediakan Peluang Kepada ASEAN
Ketika Satria melawat ke Malaysia pada akhir bulan Julai, ramai kawan tempatan tertanya-tanya mengenai kenderaan elektrik (EV) di China.
Pada masa itu kebetulan Tesla baru memasuki pasaran Malaysia, manakala jualan EV terbaik dikekal oleh ATTO3 dari BYD China yang memasuki pasaran tempatan sejak Disember 2022.
Jelas kelihatan bahawa EV memang diketahui umum di sana, cuma kebanyakan pengguna masih bersikap tunggu dan lihat.
Satria selalu berkongsi pengalaman diri supaya kawan-kawan Malaysia memilih EV kalau ada keperluan tukar kenderaan.
Pandemik yang berlarutan selama tiga tahun mengganggu perkembangan dalam banyak bidang, tapi EV di China berkembang pesat dalam tiga tahun ini.
Kini dari segi bateri atau sistem operasi yang pintar, semuanya sudah cukup matang. Justeru, mengecas elektrik adalah sebenarnya lebih banyak menjimatkan kos berbanding kenderaan berkuasa petrol.
Kebimbangan terbesar pula lebih kepada kapasiti elektrik.
EV kini macam sebuah telefon pintar yang beroda. Ketika kita menggunakan telefon pintar, kita mulai berasa bimbang ketika kuantiti elektrik dibawah paras 50%. Begitu juga ketika memandu EV.
Jadi, mengecas elektrik harian dan kaedah menjamin kuantiti elektrik ketika memandu dalam jarak perjalanan jauh menjadi dua persoalan terpenting yang perlu ditanya sebelum membeli EV.
Ketika Satria nak menukar kenderaan pada tahun lalu pula, Satria juga menghadapi dua masalah ini. Bagi mereka yang mempunyai tempat letak kereta tetap, setelah membeli EV, mereka boleh memohon memasang pengecas yang disambungkan dengan State Grid China.
Tapi kenderaan Satria berhenti di tepi jalan saja setiap malam, jadi tidak boleh memasang pengecas dan terpaksa menukar sebuah kenderaan petrol lagi.
Tak sangka beberapa bulan kemudian, State Grid memasang sebaris kemudahan pengecasan EV awam di tepi jalan dekat komuniti yang Satria duduki untuk memudahkan para pengguna EV.
Tentang kemudahan pengecasan EV dalam lebuh raya, saya juga telah menyaksikan penyelesaian dalam pelancongan yang melibatkan perjalanan sepanjang lebih 1000 kilometer baru-baru ini.
Dua keluarga kawan Satria semuanya mempunyai EV, seorang antaranya biasanya hanya memandu dalam bandar, ini menjadi ia masih bimbang terhadap kuantiti elektrik, dan memilih tetap memandu kenderaan petrol dalam pelancongan jarak jauh.
Tapi seorang lagi yang banyak berpengalaman memandu EV ke bandar lain cukup yakin tiada masalah, perkhidmatan dalam bidang pengecasan EV cukup lengkap di China. Satria telah menyaksikan sistem navigasi dalam EV membantu menunjukkan terdapat berapa stesen pengecas EV di kawasan perkhidmatan selanjutnya, antaranya berapa sedang diguna, masih tinggal berapa yang kosong supaya kami mampu memelankan perjalanan dengan lebih baik.
Itulah perkembangan terkini EV di China.
Pada setengah tahun pertama 2023, di pasaran China, jualan EV dari syarikat BYD mencatat lebih 1.09 juta unit yang merupakan tiga kali ganda lebih banyak berbanding jualan jenama Tesla.
Dari segi sistem EV, Huawei telah menyediakan sistem Harmony dengan beberapa syarikat China membantu menjadikan EV mereka lebih pintar. Manakala dalam sistem tenaga, CATL China merupakan pembekal tenaga EV terbesar di dunia, penggunanya termasuk Tesla, Benz, Volkswagen dan lain-lain.
Dari komponen kereta hingga infrastruktur sokongan semuanya sudah lengkap di negara ini.
Perkembangan EV memberi peluang bukan sahaja kepada syarikat China, tetapi juga kepada pelbagai negara di Asia Tenggara.
Malaysia bersasaran mega untuk mengembangkan EV, pada masa yang sama, beberapa negara jiran telah memperlihatkan kemajuan yang ketara.
Sebagai contoh, dengan menggunakan teknologi dari pelbagai negara, jenama EV VinFast dari Vietnam telah tersenarai dalam bursa saham Amerika Syarikat dan nilainya menjadi kedua terbesar di dunia selepas Tesla.
Taman Industri Rayong Thailand menarik pelaburan dari beberapa syarikat EV China. Kilang baharu BYD akan siap dibina menjelang 2024 dan bakal mengeluarkan 150 ribu unit setiap tahun.
Selain menarik pelaburan untuk membina kilang EV, dengan simpanan galian yang kaya untuk bateri, Indonesia bakal memainkan peranan penting dalam bidang tenaga EV di pasaran antarabangsa.