Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama China-Laos Terus Maju

2023-09-05 13:11:05  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Laos, Xaysomphone Phomvihane di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam. 

Dalam pertemuan tersebut, Zhao berkata, pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama China-Laos terus berkembang maju ke tahap yang baharu di bawah pimpinan strategik Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Laos,Thongloun Sisoulith. China bersedia bersama-sama Laos untuk melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara dan menjadikannya membuahkan hasil kerjasama yang  ketara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 

Zhao menegaskan bahawa China menyokong Laos memperkukuh pimpinan Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) dan sistem sosialisme, menstabilkan pembangunan dan memperbaiki kehidupan rakyat, memainkan peranan yang lebih penting dalam arena antarabangsa dan serantau. China, Laos dikehendaki berusaha bersama-sama untuk meneladani negara-negara yang terlibat dalam pembinaan berkualiti tinggi dalam kerangka kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Selain itu, China menyokong Laos menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN, bersedia mengintensifkan hubungan rakan stategik komprehensif China-ASEAN, bersatu-padu melindungi kestabilan serantau sehingga memberi sumbangan lebih besar dalam tadbir urus global. 

Zhao juga menyatakan pihaknya bersedia bersama-sama Parlimen Laos untuk mengintensifkan persahabatan pelbagai peringkat, meningkatkan pertukaran antara badan perundangan kedua-dua negara supaya menawarkan jaminan undang-undang terhadap kerjasama bilateral dalam  pelbagai bidang. 

Xaysomphone Phomvihane pula berkata, pihaknya juga bersedia meningkatkan kerjasama dengan NPC, memberi sumbangan bagi mempergiat hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif dan pembinaan komuniti berkongsi nasib Laos-China. 

Perjanjian kerjasama NPC China dengan Parlimen Laos turut ditandatangani Zhao dan Xaysomphone Phomvihane selepas pertemuan tersebut.