Awan Huawei Mula Sediakan Perkhidmatan di Arab Saudi

2023-09-05 15:53:44  CRI
Share with:

Awan Huawei yang bertapak di Riyadh, Arab Saudi mula menyediakan perkhidmatan awan secara rasmi bagi membantu negara itu dalam usaha mendorong pertumbuhan ekonomi digital.

Demikian dimaklumkan Syarikat Huawei pada Sidang Kemuncak Awan Huawei Tahun 2023 yang membuka tirainya di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Dimaklumkan, Clound Server Node Riyadh yang sudah dijadikan hab bagi Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika berperanan menyediakan perkhidmatan awan melibatkan infrastruktur, database, container, data raya dan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor.

Naib Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi menyifatkan Huawei sebagai rakan kerjasama yang mengujakan, kerana membantu negaranya dalam kemajuan teknologi sejak sekian lama. Pihaknya menanti-nantikan nod Riyadh dapat membawa pengaruh revolusional kepada ekosistem digital di negaranya, sekaligus mencipta saluran baharu untuk inovasi dan pertumbuhan.

Dimaklumkan, pelanggan awan Huawei boleh didapati di lebih 170 negara dan rantau di seluruh dunia pada masa sekarang.