Utusan Khas Xi Hadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Zimbabwe

2023-09-05 11:53:52  CRI
Share with:

Utusan khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Zhou Qiang telah menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Zimbabwe, Emmerson Dambudzo Mnangagwa di Harare pada Isnin waktu tempatan.

Pada hari sebelum majlis tersebut, Presiden Mnangagwa telah ditemui Zhou Qiang di pejabatnya.

Zhou telah menyampaikan tahniah Presiden Xi Jinping kepada Mnangagwa, dan menyatakan bahawa China sentiasa melihat dan mengembangkan hubungan dua hala dari segi strategik dan jangka masa panjang, bersedia berusaha bersama Zimbabwe memelihara dan mengembangkan kepercayaan antara sama sama lain pada tahap tinggi, mengekalkan sokongan teguh dalam isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing, dan menggerakkan perkongsian strategik komprehensif berkembang dengan lebih baik.

Mnangagwa pula mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi atas kesudian menghantar utusan khas untuk menghadiri majlis tersebut. Beliau menyatakan bahawa Zimbabwe amat mementingkan hubungan persahabatan dengan China, bersedia merancakkan kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, pertanian, perlombongan dan pendidikan dan mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap lebih tinggi.