China Datang Sebagai Jiran, Sanak Saudara dan Kawan Baik ASEAN
“Dunia memang sedang tidak baik baik sahaja, tapi ASEAN sudah sepakat untuk tidak menjadi proksi bagi kekuatan mana mana pun, untuk bekerjasama dengan siapa pun bagi perdamaian dan kemakmuran.”
Demikian kata Presiden Indonesia yang juga pengerusi bergilir ASEAN, Joko Widodo pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN semalam.
Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan tidak menghadiri dialog di Indonesia sebagai rakan ASEAN, tapi melawat India sambil menghadiri Sidang Kemuncak G20 dan seterusnya melawat ke Vietnam, yakni sebuah negara anggota ASEAN.
Jelas, Joe Biden hanya melihat ASEAN sebagai alat dan platform untuk melawan China. Ketika ASEAN bersepakat menolak menjadi proksinya, Joe Biden pula tidak berminat untuk berdialog dengan “rakan ASEAN”.
Yang lebih teruk, jadual lawatannya ke Vietnam bukan Indonesia memperlihatkan niat AS untuk memecahbelahkan ASEAN, selain mencari pihak yang bersedia menjadi proksinya. Niat jahat AS diketahui umum.
Ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari China, Nong Rong pada bulan lalu, Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Minh Vu menyifatkan China sebagai satu-satunya negara yang diutamakan dalam semua aspek diplomatik Vietnam, dan mengembangkan hubungan dengan China merupakan pilihan strategik negara itu.
Meskipun Joe Biden tidak datang, akan tetapi China datang sebagai jiran, sanak saudara dan rakan baik untuk mengekalkan pembangunan, persahabatan dan kedamaian serantau.
Perdana Menteri China, Li Qiang memilih Sidang Kemuncak ASEAN sebagai destinasi lawatan pertamanya ke negara-negara Asia selepas mengangkat sumpah pada bulan Mac.
Ketika Joe Biden masih berusaha membujuk pelbagai negara menolak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kerjasama kita telah membuahkan hasil cemerlang.
Berdasarkan laporan media tempatan, Jokowi dan PM Li Qiang akan merasmikan pelancaran HSR dari Jakarta ke Bandung serta bersama-sama menaiki HSR pertama di Asia Tenggara ini.
Kereta api Laos-China yang tidak dipandang positif oleh semua pihak pada masa dulu terbukti beroperasi dengan lancar selama 20 bulan.
Kesalinghubungan antara China dengan pelbagai negara ASEAN bukan hanya melibatkan bidang infrastruktur, tetapi juga pelbagai bidang yang termasuk pelaburan, pendidikan, pelancongan, sosiobudaya dan lain-lain.
Ketika Joe Biden menghitamkan ekonomi China sebagai “ticking time bomb”, kebanyakan negara ASEAN nampaknya memilih mendekati China.
China dan ASEAN merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain dalam tempoh tiga tahun lalu secara berturut-turut. Malah, kuota perdagangan dengan ASEAN semakin meningkat yang sudah menduduki 15.3% dalam perdagangan luar China.
Dengan lokasi yang dekat dan kesalinghubungan yang semakin rapat, serta terdapatnya pelbagai mekanisme perdagangan multilateral seperti CAFTA dan RCEP, beserta rasa saling mempercayai dalam bidang politik dan hubungan persahabatan yang sudah wujud sekian lama, komuniti berkongsi nasib China-ASEAN tidak mungkin terjejas oleh cakap kosong dan langkah kotor AS.
Selepas Sidang Kemuncak ASEAN, kita menanti-nantikan jumpa lagi di Ekspo China-ASEAN ke-20 yang bakal diadakan di Nanning, Guangxi pada 16 September.