Latihan Tentera Darat "Kerjasama-2023" China-Singapura
Pasukan dan kelengkapan pihak China untuk menyertai Latihan Bersama Tentera Darat "Kerjasama-2023" China-Singapura telah tiba Pangkalan Tentera Udara Changi negara itu semalam.
Pasukan kedua-dua pihak akan mengadakan acara taktik penembakan hendap, menyelamatkan tebusan dan sebagainya dalam latihan bertemakan "Pertempuran bersama membanteras keganasan di bandar" kali ini.
Komander pasukan China mengatakan, inilah latihan bersama kali ke-5 dijalankan tentera darat China dan Singapura. Diharapkan dapat bersama dengan pasukan tentera Singapura untuk meneroka bidang kerjasama dan menghalusi pelaksanaannya supaya meningkatkan keupayaan bertempur dalam tindakan anti-keganasan di samping mengekalkan persahabatan tradisional kedua-dua pihak.