Sesi Libat Urusniaga antara Syarikat China dan Malaysia Diadakan

2023-09-06 15:43:52  CRI
Share with:

Satu sesi libat urusniaga antara syarikat China dan Malaysia telah diadakan secara serentak di Nanning, Guangxi China dan Kuala Lumpur  pada hari ini, yang dilihat sebagai komponen 'warming up' untuk Ekspo China-ASEAN ke-20 yang bakal diadakan di Nanning pada 16 hingga 19 September.

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyatakan bahawa sejak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dilaksanakan pada setahun yang lalu, rantaian bekalan China dan Malaysia dapat dioptiumumkan lagi dan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala terus meningkat. China sudah menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk 14 tahun berturut-turut. Kerjasama pelaburan antara syarikat China dengan Malaysia diperluaskan dari bidang tradisional ke sektor ekonomi digital, pembangunan hijau, bioteknologi dan pembuatan canggih. Boleh dikatakan China sudah menjadi rakan kerjasama dan pembangunan yang paling penting bagi Malaysia.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong menyatakan pula bahawa sesi libat urusniaga ini merupakan satu kesempatan yang baik bagi membincangkan kaedah mengembangkan hubungan kedua-dua negara secara mendalam. Malaysia boleh belajar dari China tentang cara pembangunan ekonomi yang disifatkannya 'memintas di pusingan'.