PM Li Hadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1)
Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1) di Jakarta, Indonesia hari ini waktu tempatan.
PM Li menekankan, China bersedia bersama negara-negara ASEAN mengekalkan komitmen yang mengutamakan semangat bersatu-padu, mandiri, kerjasama dan sama menang, dan bersinergi membangunkan rantau ini dengan baik.
Li telah mengeluarkan empat cadangan tentang membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.
Beliau terlebih dahulu menyeru bersama-sama membina pusat pertumbuhan ekonomi, memperhebat kesalinghubungan dan mengintensifkan kerjasama rantai industri dan bekalan.
Beliau berharap agar menggerakkan kerjasama industri baharu yang melibatkan bidang kenderaan elektrik bateri (BEV), fotovltaik dan kecerdasan buatan.
'Hendaklah bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan serantau, dengan aktif mendorong rundingan mengenai dokumen Kod Tatalaku di Laut China Selatan(CoC) serta bekerjasama untuk memerangi jenayah penipuan dalam bidang telekom dan dunia siber', ujar Li.
Beliau juga mengesyorkan untuk memperluas pertukaran sosiobudaya, dan terus merancakkan kerjasama dalam bidang budaya, pelancongan, pendidikan latihan dan golongan belia.